Soalan Percubaan SPM

Bank soalan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) adalah tersedia pada laman web ini sebagai online tuition percuma. SPM merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas iaitu Tingkatan 5 daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. SPM adalah sangat penting kerana keputusan peperiksaan akan digunakan sebagai syarat menyambungkan pelajaran ke peringkat pra-universiti. Para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 digalak membuat soalan percubaan pada laman web ini untuk bersiap sedia SPM 2024 sebenar.

Koleksi soalan ramalan SPM yang tersedia adalah merujuk kepada soalan percubaan daripada SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) seluruh negeri dan mencuba untuk mengikut format peperiksaan sebenar. Para guru boleh mengguna dan berkongsi semua bahan pendidikan termasuk nota dan latih tubi di sini jika mendapati ia berguna. Semoga murid-murid dapat pencapaian cemerlang pada SPM 2024!