Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Penukaran antara ayat aktif dan ayat pasif merupakan salah satu topik soalan yang mungkin diuji pada peperiksaan SPM Bahasa Melayu. Untuk pemahaman para pelajar, laman web ini telah menyediakan beberapa soalan percubaan SPM di jadual bawah, murid-murid digalak menganalisis caranya menukar ayat dari aktif ke pasif dan sebaliknya.
NO | AYAT AKTIF | AYAT PASIF |
---|---|---|
1 | Puan Aishah menasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba. | Ali dinasihati oleh Puan Aishah agar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba. |
2 | Saya telah mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas. | Keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas telah saya capai. |
3 | Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat dalam membangunkan negara ini. | Pandangan rakyat akan diambil kira oleh kerajaan dalam membangunkan negara ini. |
4 | Masyarakat yang bersatu padu akan mewujudkan keadaan yang harmoni di negara kita. | Keadaan yang harmoni akan diwujudkan oleh masyarakat yang bersatu padu di negara kita. |
5 | Para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi semasa bercuti di pulau peranginan itu. | Keindahan alam semula jadi dapat dinikmati oleh para pengunjung semasa bercuti di pulau peranginan itu. |
6 | Kita harus mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari supaya kesihatan sentiasa terjamin. | Makanan yang berkhasiat harus kita ambil setiap hari supaya kesihatan sentiasa terjamin. |
7 | Cikgu Hasnul mengajar pelajar tingkatan Lima Ceria mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu. | Pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu. |
8 | Pekerja kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu petang tadi. | Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi. |
9 | Kami membaiki motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel Mutiara. | Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara. |
10 | Setiausaha peperiksaan sedang menjelaskan maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia. | Maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia sedang dijelaskan oleh setiausaha peperiksaan. |
11 | Kami sedang menjalankan tugas sebagai urus setia Kem Kepimpinan Pelajar di Merang. | Tugas sebagai urus setia Kem Kepimpinan Pelajar di Merang sedang kami jalankan. |
12 | Saya telah menebang pokok kelapa pandan di belakang rumah datuk semalam. | Semalam, pokok kelapa pandan di belakang rumah datuk telah saya tebang. |
13 | Ketua Taman Desa Mawar menulis surat aduan tentang masalah anjing liar kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor. | Surat aduan tentang masalah anjing liar telah ditulis oleh Ketua Taman Desa Mawar kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor. |
14 | Sebelum mendirikan Solat Asar, beberapa orang murid tahfiz telah menyusun kasut-kasut yang bersepah di pintu masuk masjid. | Kasut-kasut yang bersepah di pintu masuk masjid telah disusun oleh murid-murid tahfiz sebelum mendirikan Solat Asar. |
15 | Kami menikmati pelbagai jenis hidangan makanan Siam ketika berkunjung di salah satu kedai makan di Hatyai. | Pelbagai jenis hidangan makanan Siam kami nikmati ketika berkunjung di salah satu kedai makan di Hatyai. |
16 | Persatuan Kebudayaan telah merancang pertandingan permainan tradisional semasa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. | Pertandingan permainan tradisional telah dirancang oleh Persatuan Kebudayaan semasa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. |
17 | Saya akan membantu ibu di gerai selepas sesi persekolahan. | Ibu akan saya bantu di gerai selepas sesi persekolahan. |
18 | Pengetua menyeru calon-calon SPM agar tidak ponteng semasa kelas tambahan diadakan. | Calon-calon SPM diseru oleh pengetua agar tidak ponteng semasa kelas tambahan diadakan. |
19 | Mereka ke sekolah dengan menaiki kereta. | Kereta dinaiki oleh mereka ke sekolah. |
20 | Ahmad telah menangkap ikan di sungai itu. | Ikan telah ditangkap oleh Ahmad di sungai itu. |
Latihan SPM (Mata Pelajaran Teras)
Bahasa Melayu
- Ayat Aktif dan Ayat Pasif
- Nota Peribahasa
(senaraiperibahasa.com)
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Sains
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Latihan SPM (Mata Pelajaran Elektif)
Matematik Tambahan
Biologi
Kimia
Prinsip Perakaunan
Perniagaan
Ekonomi Asas