Nilai dan Definisi Pendidikan Moral
Jadual di bawah adalah semua 36 nilai-nilai murni dan huraian dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Para pelajar digalak memuat turun, memahami dan menghafalkan semua kata kunci di dalam setiap penerangan nilai, supaya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Pendidikan Moral SPM sebenar.
Bil | Nilai | Definisi |
---|---|---|
1 | Kepercayaan kepada Tuhan | Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara |
2 | Amanah | Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain |
3 | Harga Diri | Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan |
4 | Bertanggungjawab | Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna |
5 | Hemah Tinggi | Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian |
6 | Toleransi | Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup |
7 | Berdikari | Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain |
8 | Kerajinan | Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara |
9 | Kasih Sayang | Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas |
10 | Keadilan | Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah |
11 | Rasional | Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar |
12 | Kesederhanaan | Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain |
13 | Kasih Sayang terhadap keluarga | Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga |
14 | Hormat dan taat kepada anggota keluarga | Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia |
15 | Mengekalkan tradisi kekeluargaan | Menerima, menghormati, mengamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga |
16 | Tanggungjawab terhadap keluarga | Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga |
17 | Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar | Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem |
18 | Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar | Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara |
19 | Kemapanan Alam Sekitar | Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup |
20 | Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar | Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya |
21 | Cinta akan Negara | Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri |
22 | Taat Setia kepada Raja dan Negara | Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara |
23 | Sanggup berkorban untuk Negara | Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti untuk negara |
24 | Melindungi Hak kanak-kanak | Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna |
25 | Menghormati Hak Wanita | Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara |
26 | Melindungi hak pekerja | Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara |
27 | Menghormati hak golongan kurang berupaya | Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan |
28 | Melindungi hak pengguna | Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi |
29 | Mematuhi peraturan dan undang-undang | Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada |
30 | Kebebasan bersuara | Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman |
31 | Kebebasan beragama | Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia |
32 | Penglibatan diri dalam pembangunan Negara | Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembagaan Malaysia |
33 | Sikap keterbukaan | Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia |
34 | Hidup bersama secara aman | Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya |
35 | Saling membantu dan bekerjasama | Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat |
36 | Saling menghormati antara negara | Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat |
Latihan SPM (Mata Pelajaran Teras)
Bahasa Melayu
- Ayat Aktif dan Ayat Pasif
- Nota Peribahasa
(senaraiperibahasa.com)
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Sains
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Latihan SPM (Mata Pelajaran Elektif)
Matematik Tambahan
Biologi
Kimia
Prinsip Perakaunan
Perniagaan
Ekonomi Asas